Nombor enjin adalah nombor identiti sesebuah enjin yang dicop pada blok enjin mengikut ukuran dan bentuk di tapak yang oleh pembuat/pengilang.
JENIS-JENIS PERMOHONAN
- Kategori 1: Penukaran enjin dari buatan dan keupayaan kapasiti (cc) yang sama atau tidak melebihi 25% dari enjin asal (kenderaan persendirian sahaja)
- Kategori 2 : Penukaran enjin dari buatan yang berbeza / keupayaan kapasiti (cc) melebihi 25% dari enjin asal
- Kategori 3 : Penukaran enjin yang melibatkan penukaran bahan bakar
- Kategori 4 : Penukaran enjin kenderaan buatan PROTON yang menggunakan enjin CAMPRO kepada enjin buatan Mitsubishi
- Kategori 5 : Penukaran enjin yang melibatkan penukaran Gearbox (Manual ? Auto)
- Kategori 6 : Penukaran enjin bagi kenderaan perdagangan
Senarai buatan-buatan yang dikategorikan sebagai sama (klon)
PROTON | <-> | a) MITSUBISHI b) RENAULT (SAVY,WAJA 1.8) c) CITROEN ( TIARA) * penukaran enjin hendaklah dari model enjin yang sama varience dengan PROTON.Sebarang pengubahsuaian "Engine Mounting" adalah tidak dibenarkan sama sekali. |
PERODUA | <-> | DAIHATSU / TOYOTA |
FORD | <-> | MAZDA |
PEUGOT | <-> | CITROEN |
HICOM | <-> | ISUZU |
?SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Syarat-syarat yang perlu dipatuhi ketika membuat pertukaran enjin:- Penukaran hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang diisytiharkan di dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan & Penggunaan)1959 L.N. 170/1959.
- Keadaan struktur keseluruhan kenderaan hendaklah baik terutamanya pada bahagian rangka casis (chassis frame).
- Tiada pengubahan struktur dilakukan pada ‘front cross member’, ‘steering linkage’ dan ‘steering box’.
- Tiada pengubahsuaian pada ‘base engine mounting’ dan tiada kimpalan pada struktur tambahan ‘engine mounting’.
- Kenderaan model Proton SELAIN Proton Perdana tidak dibenarkan membuat penukaran enjin berkeupayaan 2000cc..
- Pelepasan asap kenderaan tersebut mestilah tidak melebihi 50% ‘opacity’. (Bagi enjin diesel sahaja).
- Lulus pengujian tahap kecekapan sistem brek di lorong pemeriksaan.
DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DILAMPIRKAN
Bagi Kategori 1 Pemilik kenderaan tidak perlu memohon kepada bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri dan boleh melakukan pemeriksaan terus di PUSPAKOM bersama dengan dokumen-dokumen berikut:- Kad pendaftaran kenderaan asal yang ditandatangani oleh pemilik kenderaan
- Bil/Resit belian enjin yang asal
- Laporan Kastam K1 yang asal
- Surat pengesahan jual beli antara pemilik (bagi enjin yang dibeli dari kenderaan lain)
Bagi Kategori 2 hingga 6
Pemilik kenderaan boleh memohon terus di bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri untuk mendapatkan surat kelulusan dengan melampirkan dokumen-dokumen berikut:
- Borang Pemberitahuan Penukaran Enjin (10.52 kB)
- Salinan Kad pendaftaran kenderaan yang ditandatangani oleh pemilik kenderaan
- Salinan bil/resit belian enjin
- Salinan laporan Kastam K1 yang disahkan
- Surat pengesahan jual beli antara pemilik (bagi enjin yang dibeli dari kenderaan lain)
- Surat kelulusan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif, JPJ
- Kad pendaftaran kenderaan asal yang ditandatangani oleh pemilik kenderaan
- Bil/Resit belian enjin yang asal
- Laporan Kastam K1 yang asal
- Surat pengesahan jual beli antara pemilik (bagi enjin yang dibeli dari kenderaan lain)
- Laporan PG10 (sekiranya penukaran enjin melebihi 30% daripada enjin asal)
0 comments:
Post a Comment